Monday, October 21, 2013

SAINS & Teknologi - Tahun 2

UNIT 1  :  MANUSIA
Makanan Yang Memberi Tenaga:-     





NASI                            ROTI
MI   BIJIRIN
Kentang
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Makanan Yang Membantu Tumbesaran
  Daging


Telur Ayam dan Ayam

Sotong   


Udang dan Ikan



~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Makanan Yang Membantu Menjaga Kesihatan

Sayur-sayuran & Buah-buahan:

Contoh Sayur:  
Sayur Brokoli, Tomato, Sawi

Contoh Buah:
Nenas, Pisang, Epal, Limau, Ceri, Strawberi, Anggur, Jambu, Mempelam, Rambutan, Tembikai

Contoh Air Buah-buah atau Jus:  
Air Tembikai, Air Nenas, Air Lobak, Jus Anggur, 
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Keperluan Manusia

Manusia memerlukan perkara-perkara berikut untuk kehidupan seharian :-
1.  AIR  yang bersih
2.  MAKANAN yang bersih
3.  UDARA (persekitaran) yang bersih dan segar
4.  TEMPAT TINGGAL (rumah) yang bersih.

***********************************************
UNIT 2  :  HAIWAN
Keperluan Asas haiwan :-
1.  AIR  
2.  MAKANAN 
3.  UDARA
4.  TEMPAT TINGGAL
Contoh:Burung: Sarang.  Ayam: Reban.  Ular: Lubang.  Monyet: Atas Pokok. Ikan: Dalam Air.  Kelawar: Dalam Gua.  Cacing Tanah: Dalam Tanah.  Siput: Celah Batu

Haiwan Yang Membiak dengan Melahirkan Anak dan Serupa dengan anaknya:-
Ayam, gajah, Lembu, kambing, kucing, itik, singa, zirafah, harimau

Haiwan Yang Tidak Serupa dengan anaknya:-
Rama-rama (ulat beluncas), katak (berudu), nyamuk (jentik-jentik), 

Haiwan Yang Membiak secara Bertelur :-
Ayam, Itik, Belalang, Helang, Buaya, Ular, Cicak


***********************************************
UNIT 3  :  TUMBUHAN


Keperluan Asas Yang Diperlukan Oleh Tumbuhan:-
1.  Udara                   2.  Cahaya Matahari                   3.  Air


Tumbuhan Yang Tidak Mendapat 3 Keperluan Berikut Akan Mati Selepas Seminggu:-


1.  Tumbuhan tidak mendapat air.
Tumbuhan yang diletakkan di tepi tingkap ini mendapat cahaya matahari.
Namun, tumbuhan ini tidak dapat hidup lama kerana tidak mendapat air.
2.  Tumbuhan tidak mendapat Cahaya Matahari.
Tumbuhan bertanah lembab yang  sering disiram, ditanam di dalam bekas  dan diletakkan di suatu sudut yang gelap di dalam rumah.
Tanpa cahaya matahari, tumbuhan ini tidak dapat hidup lama.



3.  Tumbuhan yang tidak mendapat udara.

Gambar di sebelah menunjukkan tumbuhan yang dimasukkan ke dalam plastik yang diikat kuat tanpa dibuat sebarang lubang udara padanya. 
Tumbuhan ini tidak mendapat udara yang diperlukan untuk terus hidup dan ianya turut akan layu dan mati.

***********************************************

Proses Tumbesaran Pokok                  
1.  Bilangan daun pokok semakin bertambah      
2.  Akar pokok menjadi semakin panjang
3.  Pokok menjadi lebih tinggi
4.  Saiz pokok bertambah besar

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Cara Menjaga Tumbuh-tumbuhan
1.  Menyiram tumbuhan dengan air yang cukup setiap hari      
2.  Meletakkan tumbuhan di kawasan yang lapang dan terdedah kepada sinaran cahaya matahari yang cukup
3.  Mencabut tanaman rumput yang terdapat di sekeliling tumbuhan supaya persaingan untuk mendapatkan nutrien antara tumbuhan tidak berlaku.

***********************************************
UNIT 4  :  TERANG DAN GELAP

Sumber Cahaya
Sumber Cahaya Alam: Matahari, bulan, bintang, kilat, api
Sumber Cahaya Buatan Manusia: Lampu suluh, pelita, lilin, unggun api, rumah api, mentol, mancis, komputer
Sumber Haiwan:  Kelip-kelip

Antara Nampak dan Tidak
Dalam Keadaan Terang:-
Dapat lihat dengan jelas: rupa bentuk, warna, saiz objek
Cahaya membantu kita untuk melihat dan dapat mengenal pasti rupa bentuk, warna, saiz objek.
Dalam Keadaan Gelap:-
Tidak Dapat lihat dengan jelas: rupa bentuk, warna, saiz objek
Dalam kegelapan: Rupa bentuk kelihatan samar-samar.  Warna dan saiz objek sukar dikenal pasti.

Kembar Gelap:
1.  Bayang-bayang dihasilkan apabila cahaya tidak dapat menembusi objek.
     -  Contoh Objek:  pembaris kayu, tangan, batu, pensil.
2.  Cahaya lampu suluh yang tidak dapat mengenai objek sampai ke layar dan kelihatan terang.
     -  Cahaya yang mengenai objek tidak sampai ke layar.
     -  Ini menyebabkan warna gelap dihasilkan pada layar.
     -  Warna gelap pada layar inilah yang dikenali sebagai bayang-bayang.
3.  Bentuk bayang-bayang sama dengan bentuk objek, tapi berlainan saiz.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pentingnya Cahaya:
1.  Membolehkan kita membaca dalam gelap - dengan menggunakan cahaya lampu
2.  membolehkan kapal terbang mendarat di waktu malam.
3.  Membolehkan kita bergerak dan memandu kenderaan pada waktu malam.
4.  Cahaya rumah api membolehkan kapal laut belayar dengan selamat pada waktu malam 

***********************************************
UNIT 5  :  ASAS TEKNOLOGI
Mengaplikasi Pengetahuan Tentang Pemasangan Objek Set Binaan Berdasarkan Manual

1.  Set Binaan - Komponen dan manual bergambar

Contoh Set Binaan Lego- Komponen dan manual bergambar

Skru Komponen Skru
2.  Komponen - bahagian-bahagian untuk membina suatu model binaan.  Komponen terdapat dalam pelbagai bentuk, jenis, saiz dan warna.


Komponen Mainan Lego





3.  Manual Bergambar - Lembaran atau buku yang mengandungi panduan atau langkah-langkah untuk memasang suatu model binaan.
Contoh Manual Bergambar

4.  Model Binaan - Suatu binaan yang dipasang daripada beberapa komponen.
Contoh model binaan kapal

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Cara Menyimpan Komponen
Tujuan menyimpan komponen ialah agar pengguna seterusnya mudah untuk menggunakannya dan komponen lebih selamat dijaga.
1.  Simpan komponen di dalam bekas penyimpanannya.
2.  Susun komponen dengan teratur mengikut bentuk, saiz dan warnanya.

***********************************************
Langkah Memasang dan Membuka Hasil Binaan
1.  Kenal pasti
2.  Pilih
3.  Pasang
4.  Lakar
5.  Cerita
6.  Buka
7.  Simpan


***********************************************
UNIT 5  :  ASAS TEKNOLOGI
Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK)

Kongsi Maklumat
1.  Berkongsi idea dengan menghantar e-mail kepada seorang penerima.
(a)  Isikan ID dan Kata Kunci (Password)
(b)  Klik New.
(c)  Taipkan pesanan anda
(d)  Klink Send.
2.  Berkongsi idea dengan membalas e-mail kepada seorang penerima.
(a)  Klik Reply.
(b)  Taipkan pesanan anda.
(c)  Klink Send.








No comments:

Post a Comment